MAKSUD RUKUN NEGARA

 RUKUN NEGARA





Maksud Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 31 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.

Kepercayaan Kepada Tuhan

Rakyat Malaysia menjadikan agama sebagai pegangan utama. Pegangan yang kukuh terhadap agama dapat membentuk peribadi yang penuh nilai murni dan tidak melakukan jenayah atau kejahatan lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. Prinsip ini dipilih sebagai prinsip pertama kerana ketiadaan agama atau kepercayaan yang kukuh akan meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesuatu bangsa dan agama.

Kesetiaan Kepada Agama dan Negara

Berdasarkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga di amalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat. Setiap wargenagara hendaklah menumpukan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Perlembagaan merupakan sumber perundagan negara yang tertinggi dan berfungsi untuk melindungi hak dan keistimewaan setiap warganegara. Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

Kedaulatan Undang-Undang

Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan dan kedaulatannya perlu diterima serta dipertahankan. Setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan negara tidak aman dan stabil. Prinsip ini menuntut kita sama-sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatan.

Kesopanan Dan Kesusilaan

Dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia, kesopanan dan kesusilaan adlah penting untuk hubungan antara satu sama lain. Ia dapat memelihara perilaku masyarakat dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.





Comments