PENGENALAN RUKUN NEGARA
PENGENALAN
Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.Rukun Negara diperkenalkan kerana peristiwa 13 Mei 1969 yang mengganggu-gugat perpaduan etnik di Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969 berpunca daripada kempen pilihan raya yang menimbulkan isu perkauman yang sensitif.
Tragedi 13 Mei didakwa berpunca daripada perasaan yang tidak puas hati antara satu sama lain kerana orang Melayu jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Selain itu juga, keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu juga mengakibatkan etnik lain terasa dianaktirikan dan peluang ekonomi mereka terancam.
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk perpaduan kaum yang kukuh dalam kalangan masyarakat dan supaya menjadi identiti rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Matlamat Rukun Negara ialah mewujudkan masyarakat yang dapat mencapai pepaduan yang lebih erat dan kukuh untuk mengelakkan perpecahan yang dapat merosakkan negara.Oleh itu untuk mencapai matlamat ini, telah digariskan lima prinsip Rukun Negara yang perlu dipelajari, difahami dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat.
Comments
Post a Comment