RUKUN NEGARA Maksud Rukun Negara Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 31 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara . Kepercayaan Kepada Tuhan Rakyat Malaysia menjadikan agama sebagai pegangan utama. Pegangan yang kukuh terhadap agama dapat membentuk peribadi yang penuh nilai murni dan tidak melakukan jenayah atau kejahatan lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. Prinsip ini dipilih sebagai prinsip pertama kerana ketiadaan agama atau kepercayaan yang kukuh akan meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesuatu bangsa dan agama. Kesetiaan Kepada Agama dan Negara Berdasarkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga di amalkan di set...
Comments
Post a Comment