Posts

Showing posts from May, 2023

PENGHARGAAN

Image
  MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN  PENGHARGAAN Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izin dan rahmatNYA kami dapat menyiapkan projek ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Puan Norhayati Binti Mohammad kerana membimbing dan membantu kami untuk menyiapkan projek ini. Tidak dilupakan juga, rakan- rakan yang bersama-sama dalam menyiapkan projek ini dan juga  membantu kami dalam memberikan idea-idea dalam menyiapakan projek ini. Akhir sekali, kami berharap tugasan ini dapat memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan kepada yang membaca tugasan ini,

AHLI KUMPULAN

Image
  AHLI KUMPULAN MUHAMMAD RAZEEN IZRY BIN MOHD ROKMAN                                                                      (04DEE22F1004)   AHMAD AQIL BIN MOHD ROZI  (04DEE22F1010)   AHMAD ZIMAM HAZIQ BIN MOHD RUSHDI (04DEE22F1047)

PENGENALAN RUKUN NEGARA

  PENGENALAN Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Rukun Negara diperkenalkan kerana peristiwa 13 Mei 1969 yang mengganggu-gugat perpaduan etnik di Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969 berpunca daripada kempen pilihan raya yang menimbulkan isu perkauman yang sensitif. Tragedi 13 Mei didakwa berpunca  daripada perasaan yang  tidak puas hati antara satu sama lain kerana orang Melayu jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Selain itu juga, k eistimewaan  yang diberikan kepada orang Melayu juga mengakibatkan etnik lain terasa dianaktirikan dan peluang ekonomi mereka terancam.  Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk perpaduan kaum yang kukuh dalam kalangan masyarakat dan supaya menjadi identiti rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik. Matlamat Rukun Negara ialah mewuju...

OBJEKTIF

  OBJEKTIF RUKUN NEGARA • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat. • Memelihara satu cara hidup demokratik. • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. • Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak. • Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKSUD RUKUN NEGARA

Image
  RUKUN NEGARA Maksud Rukun Negara Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 31 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara . Kepercayaan Kepada Tuhan Rakyat Malaysia menjadikan agama sebagai pegangan utama. Pegangan yang kukuh terhadap agama dapat membentuk peribadi yang penuh nilai murni dan tidak melakukan jenayah atau kejahatan lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. Prinsip ini dipilih sebagai prinsip pertama kerana ketiadaan agama atau kepercayaan yang kukuh akan meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesuatu bangsa dan agama. Kesetiaan  Kepada Agama dan Negara Berdasarkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga di amalkan di set...

LANGKAH BAGI MENERAPKAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

  3 langkah bagi menerapkan penghayatan rukun negara bagi setiap golongan masyarakat. 1) Melalui Pendidikan    - di sekolah dan pusat pengajian tinggi    - di sekolah, rukun negara dapat diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, dan Pendidikan Moral    - dapat memastikan pera pelajar dapat memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara   2) Peranan Media Massa     - media massa elektronik seperti televisyen dan internet boleh menyiarkan iklan dan program yang memberi kesan kesedaran kepada masyarakat tentang prinsip Rukun Negara    - media massa bercetak seperti akhbar dan majalah juga bolrh menerbitkan artikel tentang kepentingan menghayati prinsip Rukun Negara   3) Mengadakan Kempen Kesedaran      - Untuk menanamkan & dan menghayati prinsip Rukun Negara dalam diri individu      - Contoh: Kempen 'Cintai Rukun Negara' dan 'Bersama Menghayati Rukun Ne...

TINDAKAN YANG DIANGGAP MELANGGAR PRINSIP RUKUN NEGARA

  2 contoh tindakan yang dianggap melanggar prinsip Rukun Negara   1) Tindakan radikal dan ekstrem seperti menghina Nabi Muhammad SAW menerusi komen-komen dan video di media sosial boleh mengundang perbalahan antara agama dan menggugat keamanan negara.   2) Perbuatan melontarkan kata-kata kesat, memaki hamun, melakukan pembulian siber dan menyebarkan berita palsu merupakan tindakan yang melaggar prinsip Rukun Negara kerana tidak menjaga tatasusila dan kesopanan dalam diri.

VIDEO

Image
  VIDEO

Rujukan

  Rujukan 1.  https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara 2.  https://www.ipendidikan.my/rukun-negara.html 3.  https://agri.upm.edu.my/artikel/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449 4.  https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my 5.  https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/01/774092/rukun-negara-asas-perpaduan-pembinaan-negara-bangsa

PENUTUP

  Kesimpulannya, Rukun Negara bukanlah prinsip yang hanya perlu dilafazkan dengan ikrar tetapi perlu dihayati dan difahami oleh setiap rakyat Malaysia. Oleh itu kita perlu mengamalkan lima prinsip Rukun Negara agar orang disekeliling kita juga terpengaruh dan turut mengamalkan prinsip tersebut juga. Hal ini dapat melahirkan sesebuah masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum dan sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang kukuh dan harmoni ini, dapat memacu pertumbuhan ekonomi ke peringkat yang lebih baik dan dapat mewujudkan kestabilan politik dalam pemerintahan negara.